Isnin, 17 Ogos 2009

Minggu Geografi 2009

Minggu Geografi 2009 dengan Tema ALAM CERIA HIDUP SEJAHTERA

Dirasmikan Oleh: Cik Hjh Jamilah Bt Ismail (Pengetua SMK Telok Mas)
Tarikh: 17 Ogos 2009
Masa: 7.40 - 8.20 pg
Tempat: Dataran Ilmu, SMK Telok Mas.

Matlamat Program:

1. Minggu Panitia Geografi merupakan medium untuk mendekatkan diri guru dengan pelajar
2. Memberitahu warga sekolah tentang kepentingan dan kesedaran untuk memelihara alam sekitar dalam arus yang serba moden dan membangun.

Aktiviti yang akan dijalankan:
1. Pertandingan Mewarna
2. Explorace
3. Deklamasi Sajak
4. Teka silang Kata

Diharapkan agar semua warga SMK Telok Mas terlibat sama dalam menjayakan Minggu Panitia Goegrafi

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009 NEGERI MELAKA

Selamat menghadapi percubaan PMR bagi semua tingkatan 3 SMK Telok Mas. Semua guru dan warga sekolah mendoakan agar pelajar PMR akan dapat menjawab semua soalan dengan baik. Selamat Maju Jaya pada semua. Terbilanglah SMK Telok Mas.

Jumaat, 7 Ogos 2009

PENYENGGARAAN INISIATIF ICT KPM

GERAK GEMPUR PENYENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH - Peringkat Negeri Melaka telah bermula dari 03 Ogos 2009 hingga 15 Ogos 2009.

Sekolah-sekolah dikehendaki melaporkan semua kerosakan peralatan ICT dan Multimedia di sekolah melalui Support Ticketing System (STS) sebelum 15 Ogos 2009. Aduan yang diterima selepas tarikh itu akan ditangguhkan proses penyenggaraannya ke pusingan kedua gerak gempur ini.

Diminta semua Guru Penyelaras Bestari dan Guru ICT Sekolah mengambil tindakan yang wajar.

Rabu, 5 Ogos 2009

empat langkah tambahan menangani wabak selesema babi atau influeza A (H1N1)

Kerajaan hari ini memutuskan empat langkah tambahan menangani wabak selesema babi atau influeza A (H1N1) yang sehingga kini telah mengorbankan sembilan nyawa.

Langkah-langkah tersebut adalah:

*Meningkatkan simpanan stok antivirus dari 10 kepada 20 peratus melibatkan kos sebanyak RM20 juta.

*Memberi rawatan antivirus serta merta kepada enam kategori pesakit yang berisiko dan mempunyai simptom selesema babi.

Enam kategori pesakit itu adalah:

*Wanita mengandung

*Obesiti

*Penghidap asma

*Pesakit paru-paru kronik

*Pesakit diabetes

*Pesakit yang mempunyai

imuniti rendah

*Melaksanakan saringan suhu badan ke atas semua pelajar sebelum kelas bermula. Semua guru kelas akan dibekalkan dengan alat penyukat suhu. Pelajar yang didapati kurang sihat akan diasing dan dinasihat berehat di rumah serta mematuhi nasihat kesihatan.

lMenambah jumlah katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital-hospital terbabit sekiranya tidak mencukupi.

Langkah tambahan itu diputuskan Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik A (HINI) yang bermesyuarat di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesemua pesakit yang berisiko dan mempunyai simptom HINI tidak perlu menjalani ujian pengesahan.

Katanya, rawatan antivirus akan diberi untuk kes-kes yang dikesan dalam tempoh 48 jam selepas menunjukkan tanda dijangkiti H1N1.

Beliau menjelaskan, keputusan itu dibuat berikutan jumlah kehadiran orang ramai yang mahu menjalani pemeriksaan H1N1 di hospital agak ramai.

“Semua kes yang mempunyai simptom jangkitan influenza dan mempunyai faktor risiko akan diberi rawatan antivirus serta-merta tanpa perlu membuat ujian pengesahan H1N1,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di sini, hari ini.

Daripada Keratan berita Utusan Malaysia 05 Ogos 2009

SMK Telok Mas Kuarantin 1 Minggu

SMK Telok Mas telah disahkan oleh Dr. Azwanti dari Klinik Kesihatan Ayer Molek kena dikuarantin dari 3 Ogos 2009 sehingga 9 Ogos 2009. Semua warga sekolah diminta berada di rumah dan kurangkan aktiviti luar dan jaga kesihatan diri. Pesanan Pengetua agar ulangkaji pelajaran semasa cuti ini terutama pelajar PMR dan SPM.