Khamis, 30 Disember 2010

Piala Suzuki AFF Milik Malaysia

JAKARTA: Malaysia mencipta sejarah membawa pulang trofi Piala Suzuki AFF buat julung kali meskipun tewas 1-2 dengan Indonesia pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Dengan keputusan itu, ia menjadikan agregat 4-2 kepada Malaysia selepas pasukan negara menang 3-0 ke atas Indonedia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Malaysia mendahului Indonesia 1-0 menerusi jaringan penyerang Safee Sali pada minit ke-53 pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno.
Pada minit ke-88 pula, Indonesia mendahului Malaysia menerusi jaringan Muhammad Ridwan untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Pada babak pertama pula, Indonesia hampir mendahului selepas mendapat sepakan penalti pada minit ke-18 tetapi tendangan Firman Utina dapat diselamatkan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Sementara itu, beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ketika Khairul menghadapi tendangan sudut, sepakan percuma dan penalti.

GARIS PANDUAN PEMASANGAN TALIAN INTERNET DI SEKOLAH YANG MENGGUNAKAN PERUNTUKAN KERAJAAN

1. Pemilihan, Pendaftaran dan Pemasangan

a) Pihak Sekolah bertanggungjawab untuk memilih dan melantik
Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) untuk tujuan Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) serta Pengurusan dan Pentadbiran (P&T) di
Sekolah.

b) Semua urusan berkaitan penyediaan perkhidmatan internet
termasuklah permohonan dan pendaftaran adalah di bawah
tanggungjawab pihak sekolah dan ISP yang telah dipilih.

c) Pemilihan ISP adalah berdasarkan kepada perkhidmatan dan pakej
terbaik kepada pengguna.

d) Jangka masa pendaftaran dan pemasangan adalah mengikut tarikh
yang difikirkan sesuai dan sekolah bertanggungjawab dalam
memastikan pemasangan dibuat dengan betul dan mengikut terma
yang telah dipersetujui antara Sekolah dan ISP.

e) Pemasangan Peralatan boleh dibuat samada di pejabat atau di
makmal komputer sekolah atau di mana -mana yang difikirkan sesuai
oleh sekolah untuk disambung dengan persekitaran Rangkaian
Dalaman Setempat (LAN) di sekolah.

f) Pemilihan lokasi pemasangan adalah mengikut kesesuaian pihak
sekolah dengan berasaskan kepada tujuan untuk Pengajaran dan
Pembelajaran serta Pentadbiran dan Pengurusan sekolah.

2. Status Perkhidmatan Sedia Ada Di Sekolah

a) Bagi Sekolah yang ingin mengekalkan pekhidmatan dengan Pembekal
Perkhidmatan Internet sedia ada iaitu GITN, urusan pembaharuan
adalah dibuat sendiri oleh pihak sekolah.

b) Bagi Sekolah yang telah memiliki atau melanggan perkhidmatan
internet selain dari pihak GITN, Sekolah boleh meneruskan
perkhidmatan tersebut atau boleh memilih untuk melanggan
perkhidmatan baru dengan syarat tidak melebihi peruntukan dan
kelajuan yang telah dihadkan.

3. Had Pemilihan Kelajuan Lebar Jalur (bandwidth)

a) Sekolah boleh melanggan kelajuan lebar jalur atau kemudahan internet
sehingga berkelajuan 8Mbps bergantung kepada infrastruktur lebar
jalur yang disediakan di kawasan masing-masing atau kelajuan
maksimum yang ditawarkan oleh pihak ISP berdasarkan kepada had
maksimum RM600.00 sebulan. Pihak Sekolah juga tidak boleh
menggunakan lebihan peruntukan untuk tujuan lain.

b) Bagi sekolah yang terletak di kawasan yang mempunyai kemudahan
Infrastruktur Fibre to the School (FTTS) atau yang apa-apa teknologi
seumpamanya seperti di zon Pulau Pinang, Lembah Kelang, Negeri
Sembilan, Melaka dan Johor, keupayaan lebar jalur yang dibenarkan
melanggan adalah 10Mbps dan tertakluk kepada had maksimum
RM600.00 sebulan.

c) Bagi Sekolah-sekolah yang terlibat dengan pelaksanaan teknologi
FTTS sedia ada dengan pihak GITN, maka peruntukan akan diberikan
berdasarkan kepada kos sebenar sedia ada.

4.Aspek Keselamatan

a) Sekolah bertanggungjawab menyediakan garis panduan kepada
pengguna di sekolah.

b) Aspek keselamatan adalah di bawah tanggungjawab sekolah meliputi
aspek berikut:

i. Keselamatan perkakasan;
ii. Keselamatan data dan maklumat;
iii. Tatacara penggunaan dan akses ke internet;
iv. Virus, pencerobohan dan ancaman keselamatan siber;
v. Etika dan tatacara penggunaan internet;
vi. Penyambungan ke rangkaian dalaman atau ke komputer lain;
vii. Keselamatan internet secara pakej hendaklah diberi keutamaan.
viii. Kata kunci keselamatan adalah di bawah tanggungjawab pihak sekolah; dan
ix. Mana-mana aspek yang menimbulkan keraguan, pihak sekolah
boleh melihat dan mendapatkan maklumat lebih terperinci
dalam garis panduan yang boleh dimuat turun melalui laman
http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/guideline/

c) Pihak Sekolah hendaklah memastikan agar Sekolah tidak terikat
dengan apa-apa kontrak yang boleh memberi kesan negatif atau
implikasi perundangan sehingga menjejaskan nama baik kerajaan.

5. Peruntukan dan Lain-lain

a) Pembayaran hendaklah mengunakan peruntukan pecahan objek
pembayaran utiliti sekolah.

b) Peruntukan yang diagihkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri adalah
untuk tempoh maksimum satu (1) tahun sahaja bermula Januari 2011
sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kelak oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia.

c) KPM melalui JPN akan menurunkan peruntukan tambahan ke semua
sekolah berstatus Pusat Tanggung Jawab (PTJ) bagi tujuan
perkhidmatan internet

d) Bagi sekolah yang bukan berstatus PTJ, pihak Jabatan Pelajaran
Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah akan membuat pembayaran
berdasarkan kepada bil internet berkenaan.

e) Peruntukan bagi perkhidmatan internet yang diagihkan adalah bagi
tujuan mendapatkan perkhidmatan sambungan ke internet sahaja
manakala kos-kos lain yang terlibat khususnya pembelian perkakasan
atau peralatan adalah tidak termasuk dalam pakej ini.

Selasa, 30 November 2010

Bengkel Mengoptimum Penggunaan dan Pengintegrasian Sumber Pendidikan Berasaskan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Ke Arah Pembestarian Pendidikan



Seramai 43 orang guru di kalangan Guru Penyelaras Bestari (GPB) dan Guru Perpustakaan Media (GPM) Negeri Melaka dipilih mengikuti bengkel tersebut yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bengkel selama 2 hari ini bertujuan meningkatkan kompetensi GPB dan GPM dalam membudayakan ICT dalam pendidikan serta merancang aktiviti pembestarian bagi tahun 2011.

Jumaat, 15 Oktober 2010

Kursus Pengurusan e Pembelajaran Menggunakan Moodle

Seramai 37 JU daripada seluruh negeri Melaka dipanggil untuk menghadiri kursus ini bersama 2 orang pegawai daripada Jabatan Pelajaran Negeri Melaka serta JU kebangsaan

Isnin, 20 September 2010

Peperiksaan Percubaan SPM 2010

15 Sept 2010 - BM1, BM2, Sej1
17 Sept 2010 - Math 1, Sej 2
20 Sept 2010 - PI1, Math2
21 Sept 2010 - BI1, BI2, PI2
22 Sept 2010 - Bio1,Bio3, Bio2
27 Sept 2010 - Km1, Sn1,Km3,Km2, Sn2
28 Sept 2010 - LK
29 Sept 2010 - Fz1, Fz3, Fz2, SM1


Desire to get high mark in each question

Rabu, 5 Mei 2010