Ahad, 6 Mac 2011

Pengakap Raja SMK Telok Mas 2010





Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT kerana dua orang ahli pengakap SMK Telok Mas iaitu Nurfarihin bt Badrulhisam dan Nurafiqah bt Muzakar berjaya dalam ujian pentarafan Pengakap Raja 2010. Tahniah kepada mereka berdua kerana bersungguh-sungguh dalam semua tugasan yang diberikan. Tahniah juga kepada 8 ahli pengakap daripada Daerah Merlimau (SDARY dan SMK Seri Mahakota) yang juga turut lulus dalam ujian tersebut. Terima kasih kepada En Mohd Hisham b Kahar, Pn Kamsiah bt Jumat, Mohd Faiq, Tn Hj Zulkifli b Ibrahim dan kesemua mereka yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam kejayaan ini. Harapan semua pemimpin, agar pengakap raja yang diwatikahkan akan berbakti kepada ibubapa, pengakap, masyarakat dan negara. "Sekali Berpengakap Akan Selamanya Berpengakap".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan